Selamat menyambut Hari Malaysia (16/09/13) kepada Warga SEMBAKA dan Selamat Maju Jaya kepada Semua Pelajar Kami yang Bakal Menduduki PMR Tahun Ini.

Banner Pengumuman

Banner Pengumuman

Latar Belakang Sekolah







Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali atau nama ringkasnyaSMK Bandar Baru Batang Kali, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali.
Pembukaan SMK Bandar Baru Batang Kali bermula dengan pelantikan Pn. Rohaini bt. Hayon sebagai Pengetua pada 1 Disember 2000. Beliau diarahkan membuka sekolah baru mulai sesi 2001. Semasa mendapat surat pelantikan dan surat arahan, beliau diberi senarai nama guru yang akan berkhidmat di sekolah ini. Usaha telah dijalankan sebulan sebelum sesi 2001 bermula.
Satu mesyuarat pengurusan sekolah telah dijalankan bersama-sama dua orang Penolong Kanan yang dicadangkan iaitu Pn. Lan Rasni bt. Talib sebagai Penolong Kanan 1 dan Encik Ahmad Niza sebagai Penolong Kanan HEM. Perbincangan menyentuh tentang penerimaan kemasukan murid baru ke Tingkatan 1 tahun 2001 dan sebanyak 7 buah kelas akan dibuka.
Pada Januari 2001, pelajar-pelajar SMK Bandar Baru Batang Kali seramai 277 orang dan guru berjumlah 23 orang telah memulakan sesi persekolahan dengan menumpang SMK Syed Mashor pada sebelah petang. Walaupun serba kekurangan dengan jumlah staf sokongan seramai 2 orang dan saiz pejabat yang kecil, persekolahan tetap berjalan lancar.
Pada Mac 2001, pra penyerahan bangunan sekolah dilakukan oleh pihak JKR. Pihak pentadbir sekolah telah menyemak dan mengkaji kerosakan bangunan sebelum penyerahan secara rasmi. Pada masa yang sama, pihak pengurusan telah memohon peralatan pejabat serta keperluan lain dan pada bulan April segala peralatan kelas dapat disediakan. Penyerahan sebenar telah dilakukan pada 5 April 2001 dan dalam tempoh sebulan, sekolah perlu bersedia sebelum memulakan operasi selepas cuti penggal iaitu pada 26 Mei 2001.
Dengan usaha pihak pengurusan sekolah, program gotong-royong telah dijalankan sebanyak 2 kali untuk membersihkan kawasan, menyediakan bilik sembahyang, bengkel, dan kelas-kelas yang hendak dibuka sahaja. Gotong-royong ini dijayakan bersama oleh guru-guru, ibu bapa serta pelajar-pelajar Tingkatan 1. Majlis bacaan Yassin dan sembahyang sunat hajat dijalankan sebelum penggal baru dibuka. Akhirnya dengan usaha pengetua serta pihak pentadbir yang lain, SMKBBBK akhirnya berjaya direalisasikan pada 26 Mei 2001 (Sabtu). Sebagai sebuah sekolah baru, sekolah telah menerima Grant permulaan sebanyak RM50,000 untuk membeli bahan-bahan serta peralatan lain selain daripada perabot dan peralatan pejabat.
Pada tahun 2002, 9 buah kelas lagi dibuka untuk Tingkatan 1 dan 3 kelas Tingkatan 4. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 dipindahkan daripada SMK Syed Mashor dan pelajar sekolah lain yang tinggal berdekatan kawasan sekolah. Sekolah menerima guru-guru baru yang bertukar dari sekolah-sekolah lain dan sehingga November 2002, seramai 47 orang guru berkhidmat di sekolah ini serta pelajar berjumlah 611 orang. Pelbagai prasarana berjaya dilengkapkan seperti padang bola, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Bimbingan & Kaunseling, bilik guru, bengkel-bengkel Kemahiran Hidup serta stor sukan sesuai dengan pertambahan bilangan guru dan pelajar.
Pada tahun 2003, bilangan guru berjumlah 69 orang dan jumlah pelajar keseluruhannya ialah 1148 orang.
Pada 14 Januari 2011, Pn. Rohaini bt. Hayon telah meletak jawatan sebagai pengetua SMKBBBK dan majlis persaraan diadakan untuk mengenang jasa dan mengucapkan selamat tinggal kepada beliau yang telah menjadi pengetua sekolah ini selama 10 tahun.
Pada 22 Jun 2011, Tn Hj. Wan Mohd Tahir bin Wan Ibrahim yang lebih dikenali sebagai ayahanda mula menjawat sebagai pengetua SMKBBBK yang baru sehingga kini.
Copyright@Segala Yang Tercatat diatas semuanya Hak milik Pasukan Blogger Sembaka