AHLI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA |
AHLI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SESI PAGI |
Peranan PRS
|
·
Menjadi rakan yang
peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
·
Sebagai khidmat
sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah.
·
Sebagai salah satu
sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
·
Sebagai penghubung
kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
·
Sebagai peninjau
rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan
strategi intervensi jika perlu.
·
Sebagai Role Model
kepada pelajar lain.
·
Menjadi fasilitator
yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.
·
Menerima rakan
secara terbuka dan tanpa syarat.
·
Mendengar, menjelas
dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
·
Memberi sokongan dan
galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
·
Menyedari bahawa
bukan semua masalah boleh diatasi.
·
Berbincang dan
membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
·
Memimpin rakan
melihat masalah dengan objektif dan mengalakkannya mencari penyelesaian
sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
·
Menjalankan program
membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
·
Mengutamakan
kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.
|
Perkara yang boleh dan tidak
boleh dilakukan oleh ahli PRS
|
|
PERKARA YANG OLEH DILAKUKAN OLEH AHLI PRS
|
PERKARA YANG
TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH AHLI PRS
|
ü mematuhi etika kerahsiaan
ü menyedari bahawa bukan semua
masalah boleh diatasi
ü berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa
ü memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkannya
mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
ü merujuk kes yang berat kepada guru bimbingan dan kaunseling dan
menjadi penghubung kepada rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan guru
bimbingan dan kaunseling atau orang yang lebih arif.
ü menjalankan projek membantu rakan sambil mempengaruhi rakan lain
supaya melibatkan diri.
ü mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk
membantu.
|
v mengawal,memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang mereka
harus lakukan.
v membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka
v memberi nasihat atau cadangan penyelesaian untuk diikuti
v membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri
v Membuka rahsia kawan
v Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera
v terus berbincang dengan rakan yang mengahadapi krisis dan masalah
emosi yang mendalam
v bertindak menyelesaikan masalah rakan.
v mengendali masalah rakan yang runcing sehingga mengganggu ketenteraman
jiwa
v menjalankan projek bersendirian dan mengetepikan rakan lain
v terlibat dengan masalahrakan secara peribadi sehingga mengganggu
pelajaran dan perasaan
|
HUBUNGAN PRS PELAJAR DAN UNIT KAUNSELING
|
Pembimbing
rakan sebaya merupakan seorang pembimbing yang dapat membantu rakan sebayanya
menghadapi ,memahami dan menyelesaikan sesuatu atau pun sebahagian daripada
masalah secara bersama.Konsep ‘kaunselor’ pula biasanya mempunyai implikasi
bahawa seseorang itu dilatih khusua di dalam bidang kaunseling secara formal dan
dia diberikan suatu peranan yang formal di dalam suatu organisasi untuk menjalankan peranan
itu.Ini bererti bahawa latihan intensif tentang kaedah menjalankan kaunseling
yang tertulis dan dia biasanya
menjalankan tugasnya secara separuh masa di dalam ruang pejabat yang telah
disediakan.Kaunselor sebaya diberikan peranan untuk membantu kaunselor
sepenuh masa mendalikan kes-kes yang mungkin tidak sempat dikendalikan
olehnya.Kaunselor penuh masa itu juga merupakan sebagai penyelia bagi
kaunselor sebaya.
mereka
yang hanya ingin menjadi Pembimbing ,kursus lanjutan yang mengajarnya cara
menjalankan proses kaunseling yang lebih formal.
Pada
peringkat permulaan peranan kaunselor sebaya adalah di dalam bentuk yang
kurang formal.Pada peringkat awal ini lebih sesuai digunakan istilah
Pembimbing Rakan Sebaya iaitu mereka tidk dikehendaki menjalankan bimbingan
yang formal tetapi sebaliknya mereka dikehendaki sentiasa menggunakan kemahiran bimbingan
mereka di dalam segala kegiatan mereka di dalam dan di luar sekolah.
Mereka boleh memberikan bimbingan
tusyen dan peribadi kepada seorang pelajar yang bermasalah.Jika masalah itu
didapati serius,pembimbing boleh merujukkannya kepada kaunselor tetapi hanay
dengan kebenaran pelajar yang bermasalah itu sendiri.
|
Cara merekod maklumat
TARIKH
Catatkan tarikh setiap kali anda berbincang dengan rakan anda berkenaan dengan
sesuatu isu atau aktiviti
NAMA
Gunakan kod atau nama samaran rakan yang berbincang dengan anda
ISU PERBINCANGAN/AKTIVITI
Tuliskan dengan ringkas dan tepat isu perbincangan atau aktiviti yang
dijalankan.misalnya,perbincangan individu,masalah perhubungan dengan ibu bapa
atau aktiviti kelompok belajar-pengurusan masa
MAKLUM BALAS
Pada akhir sesi perbincangan/aktiviti,PRS mendapatkan maklum balas tentang
pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh rakan.misalnya: kesedaran
bahawa belajar secara berkelompok dengan serius lebih berkesan atau setuju
meneruskan sesi kelompok belajar dua kali seminggu
TINDAKAN/SUSULAN
Terangkan tindakan atau yang akan dilakukan .misalnya:setuju berjumpa kali
kedua dan memberi maklum balas tentang perkembangan yang berlaku dalam keluarga
atau setuju meneruskan sesi kelompok belajar dua kali seminggu.
Peringatan : PRS perlu bertemu dengan guru kaunseling secara berkelompok
sekurang-kurangnya sekali dalam dua minggu untuk berbincang tentang cara PRS
mengendalikan sesi perbincangan dengan rakan.Tujuannya supaya guru bimbingan
dan kaunseling mengetahui perkembangan PRS dan seterusnya memberi bimbingan
yang diperlukan.
Berita tentang Pembimbing Rakan Sebaya
PROGRAM Pembimbing
Rakan Siswa (PRS) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu dimantapkan
bagi membolehkan khidmat kaunseling dimanfaatkan sepenuhnya pelajar yang
berdepan dengan masalah.
Sehubungan itu, Pengarah Pusat Perkhidmatan Kaunseling UIAM, Noraini Ahmad,
berkata kredibiliti PRS tidak perlu diragui kerana mereka dianggap perunding
cara yang sesuai kepada mahasiswa sebelum mendapatkan khidmat profesional
pengamal kaunseling.
“Komitmen dan sumbangan mahasiswa bergelar PRS perlu dihargai dan diiktiraf
sejajar dan setara dengan peranan dimainkan ahli Majlis Perwakilan Pelajar, “
katanya, ketika ditemui selepas Seminar Kebangsaan PRS IPTA Malaysia 2010 yang
berlangsung di Pusat Aktiviti Kebudayaan, UIAM, baru-baru ini.
Beliau berkata, seminar yang disertai 250 mahasiswa dan kaunselor IPTA,
bertemakan `Cabaran dan Sumbangan di Era Baru` itu juga berjaya mengupas
perubahan dan pemantapan PRS dalam mendepani peredaran masa dan cabaran masa
depan.
“PRS adalah entiti yang sinonim dalam perkhidmatan kaunseling di universiti dan
tidak keterlaluan jika ia juga menjadi penyokong utama kepada unit, jabatan,
pusat atau bahagian lain.
“Penganjuran seminar ini adalah pendekatan bagi mengukuhkan perkhidmatan
disediakan PRS selain meningkatkan kesedaran warga kampus terhadap kepentingan
peranan PRS,” katanya.
Noraini berkata, setiap IPTA memiliki modul latihan tersusun bagi membolehkan
ilmu dan kemahiran diterapkan mampu memberi impak besar dalam hubungan membantu
rakan pengajian.
Bagaimanapun katanya, lambakan ilmu dan rangsangan positif diperlukan bagi
memperkasakan PRS agar menjadi contoh dan ikutan terbaik kepada rakan
lain.
Sepanjang seminar tiga hari itu, peserta turut didedahkan dengan pelbagai
aktiviti termasuk pembentangan kertas kerja, bengkel latihan dan pertandingan
boling.
Peserta dari UIAM, Nurul Zulaiha Ibrahim, berkata pengisian seminar banyak
memberi input dan perkongsian idea bagaimana hendak memantapkan peranan PRS
selain mengetahui sejarah penubuhan PRS.
Katanya, pengalaman dan pengetahuan bersama peserta seminar lain banyak
membantu sekali gus mewujud rangkaian kerjasama kalangan PRS seluruh IPTA bagi
menjana aktiviti lain pada masa depan.
Baju Seragam Pembimbing Rakan Sebaya